kopi hitam gano excel

5 kebaikan kopi hitam untuk kesihatan

5 Kebaikan Kopi Hitam untuk Kesihatan

Kopi merupakan minuman harian kegemaran rakyat Malaysia. Secara umumnya, pengambilan kopi hitam (tanpa gula atau dengan sedikit gula) dalam jumlah yang sederhana adalah baik untuk kesihatan. 5 manfaat berikut pasti akan membuka mata anda mengenai kopi.

  1. Kopi hitam dan penurunan berat badan

Kopi hitam mampu membantu mempercepatkan pembakaran lemak, meningkatkan kadar metabolisme badan dan memberi kesegaran kepada badan supaya terus aktif. Kajian juga menunjukkan kafein meningkatkan metabolisme tubuh sehingga 11 peratus dan membantu membakar lemak sehingga 13 peratus. Jadi ianya akan membantu menurunkan berat badan dengan disertai pemakanan yang betul.

  1. Kopi hitam dan antioksida

Antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan oleh tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak. Kopi hitam mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan mampu merencatkan aktiviti radikal bebas yang boleh mengurangkan risiko kanser.

  1. Kopi hitam dan kencing manis (diabetes)

Kajian mendapati bahawa kopi hitam mampu menurunkan risiko penyakit kecing manis jenis 2. Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition, kopi hitam juga dapat meningkatkan adiponektin iaitu sejenis protein dalam tubuh yang membantu mengawal glukosa dalam darah. Kandungan asam klorogenik di dalam kopi juga membantu melambatkan penyerapan gula ke dalam sistem pencernaan. Asam klorogenik juga merangsang pembentukan GLP-1 iaitu zat kimia yang meningkatkan insulin (hormon yang mengatur penyerapan gula ke dalam sel-sel). Zat lain dalam kopi iaitu trigonelin (pro vitamin B3) juga dikatakan membantu melambatkan penyerapan glukosa.

  1. Kopi hitam dan penyakit jantung

Laporan yang diterbitkan dalam International Journal of Cardiology pada November 2009 berhubung 21 kajian tentang kopi sejak tahun 1966 sehingga 2008 telah membuat kesimpulan bahawa minum kopi hitam boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut kajian University Southampton, tabiat meminum empat cawan kopi hitam setiap hari memberi manfaat besar kepada kesihatan. Kopi hitam boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 15 peratus dan kematian awal kira-kira 17 peratus.

  1. Kopi hitam dan depresi (kemurungan)

Amalan minum kopi hitam sebanyak 4 cawan atau lebih dalam sehari mampu mengurangkan risiko depresi sebanyak 20 peratus. Kafein yang terdapat di dalam kopi akan merangsang pengeluaran hormon dopamin yang mampu menghilangkan gejala kerisauan dan depresi.

Jika kopi hitam sahaja sudah banyak manfaatnya, bayangkan manfaat kesihatan gabungan kopi hitam dan Ganoderma lucidum. Pastinya manfaat kesihatan akan bertambah dan berbaloi untuk dinikmati.

Jadi kepada peminat-peminat kopi, teruskan minum kopi hitam (tanpa gula atau dengan sedikit gula) untuk mendapat manfaat kesihatan di dalamnya. Anda tak minat kopi? Mungkin boleh fikirkan untuk berjinak-jinak dengan aroma hebat kurniaan Tuhan ini.

Ganolicious Ganocafe Classic menawarkan manfaat kopi hitam dan Ganoderma. Selamat menikmati secawan kopi dari Ganolicious Ganocafe Classic Gano excel !

kopi hitam ganocafe classic

Ganocafe Classic (30 sachets)

Alami aroma kopi hitam sebenar, tanpa gula yang diperkaya dengan Ganoderma lucidum.

Opt In Image
Rahsia Kekal Sihat Tanpa Ubat?
Dapatkan e-buku ini Percuma

5 langkah kekal sihat tanpa ubat dengan Terapi Ganoderma