15 cara semulajadi untuk mengekalkan keremajaan dan kecantikan kulit

Makanan yang kita makan dan cara kita menjaga badan sendiri boleh mencegah atau melambatkan proses penuaan. Badan memerlukan nutrien yang betul untuk melawan kerosakan dan kulit anda memerlukan nutrien yang sama juga.

Nutrien membantu sel-sel pendua dan menghasilkan tenaga. Makanan proses, tekanan, stress, toksin dan diet rendah nutrien akan mempercepatkan proses penuaan.

Melindungi badan anda dari bahan kimia yang berbahaya di samping mendapat tidur yang mencukupi, bersantai dan bersenam akan membantu anda mengekalkan muka yang berseri.

Ini lah 15 kaedah kekal kulit cantik ..

  1. Minum air yang banyak
    Badan anda akan kurang berfungsi walaupun dengan sedikit dehidrasi. Jika badan anda mengalami peyahidratan, kulit anda akan kelihatan kusam, berkeringat, kendor dan longgar.
  2. Makan makanan yang anti oksidan
    Antioksidan adalah sumber terbaik badan anda untuk melawan penyakit dan proses penuaan dengan mengurangkan kerosakan dan keradangan. Keradangan adalah punca utama pembentukan kedut pada muka.
  3. Makan makanan yang berwarna pelangi
    Radikal bebas terbentuk dalam badan kita akan menyebabkan kerosakan besar kepada struktur sel badan. Makanan yang kaya dengan nutrien akan meneutralkannya. Anda perlu mengambil pelbagai jenis antioksidan untuk melawan pelbagai jenis radikal bebas. Fikirkan tentang apa warna yang anda telah terlepas makan sepanjang hari dan cuba menggantikannya ke dalam hidangan yang seterusnya.
  4. Makan makanan organik
    Ini akan menghalang toksin penuaan di dalam sel-sel badan kita.
  5. Hadkan pendedahan pada cahaya matahari
    Jumlah kecil daripada sinaran matahari setiap hari menghasilkan vitamin D yang berfaedah, tetapi terlalu banyak sinar matahari akan merosakkan kulit anda. Jangan lupa memakai cermin mata hitam dan menggunakan krim pelindung matahari Zink atau Titanium Dioksida.
  6. Pilih produk kulit dari sumber semulajadi
    Banyak produk penjagaan kulit mengandungi bahan kimia yang keras. Apabila memilih pelembap atau bahan solek, menyelidik bahan-bahan yang ada di dalamnya adalah perkara yang terbaik untuk mengesahkan bahawa bahan-bahan yang di gunakan adalah selamat.
  7. Gunakan produk pembersihan yang tidak bertoksik
    Ini adalah penting untuk menghadkan pendedahan kepada bahan kimia yang bertoksik kerana kulit anda akan menyerap bahan kimia tersebut.
  8. Tanam tumbuhan
    Tahap pencemaran dalaman mungkin lebih tinggi daripada tahap pencemaran luaran. Satu tumbuhan dalam rumah atau meja di tempat kerja akan bertindak sebagai penapis udara.
  9. Dapatkan vitamin C yang mencukupi
    Diet yang kaya dengan Vitamin C akan mengurangkan kedutan. Penyelidik telah mendapati bahawa kulit yang terdedah kepada Vitamin C untuk jangka masa yang panjang dapat menghasilkan lapan kali lebih banyak kolagen.
  10. Elakkan gula
    Gula akan menyebutkan kerosakkan kolagen dan keanjalan yang menyebabkan kedutan.
  11. Makan lemak sihat
    Mengabungkan makanan seperti avacado, minyak zaitun, biji rami, kacang dan ikan ke dalam diet anda adalah penting. Asid lemak adalah penting untuk meremajakan kulit muda.
  12. Bersihkan badan
    Pembentukan toksin di dalam badan akibat pencemaran udara, air dan makanan menyebabkan kerosakkan kepada tubuh serta proses penuaan. Detox dengan cara meminum jus adalah di sarankan untuk penghasilan tenaga dan menyingkirkan toksin. Meminum segelas air lemon pada waktu pagi juga adalah cara detox yang baik.
  13. Melakukan aktiviti yang boleh melepaskan tekanan atau stress
    Tahap tekanan tinggi akan menjejaskan kulit anda. Anda boleh cuba yoga atau bermeditasi. Jauhkan diri daripada aktiviti yang bermasalah dari kehidupan anda. Beritahu rakan-rakan dan ceritakan tentang kebimbangan dan masalah anda kepada mereka.
  14. Tidur
    Kulit anda akan membaik pulih sendiri semasa anda sedang tidur. Pastikan anda tidak hanya tidur selama 8 jam pada waktu malam, tetapi mempunyai tidur yang berkualiti.
  15. Lakukan senaman
    Senaman meningkatkan peredaran oksigen dan nutrien dan membebaskan toksin melalui peluh. kulit akan menjadi sihat dan tegang. Senyum juga adalah latihan terbaik untuk wajah anda.

Itu dia 15 kaedah semulajadi untuk kekal keremejaan dengan kecantikan kulit.

Opt In Image
Rahsia Kekal Sihat Tanpa Ubat?
Dapatkan e-buku ini Percuma

5 langkah kekal sihat tanpa ubat dengan Terapi Ganoderma